Pada 22 November 2010, Rejimen berpeluang untuk melaksanakan Perbarisan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Perbarisan telah dilaksanakan di 4 tempat iaitu Johor Bahru, Ledang, Muar dan Segamat.
Latihan Kem Tahunan (LKT) 2010 telah dilaksanakan pada 1 hingga 15 November 2010. Latihan dimulakan dengan fasa kem (Kem Tebrau / 1-7 Nov 2010) dan fasa medan (Kem Sri Pantai, Mersing / 8-15 Nov 2010). Pelbagai latihan dan aktiviti telah dilaksanakan disepanjang LKT 2010. Batalion Kedua telah ditabalkan sebagai pemenang keseluruhan bagi LKT pada kali ini.
Semasa Pertandingan Menembak JAKPAW yang diadakan pada 6 November 2010, Menteri Besar Johor berkesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi Batalion Terbaik Tahun 2010, Lokasi Terbaik Tahun 2010, Pegawai Terbaik Tahun 2010, PTTK Terbaik Tahun 2010 dan PTTR/Pbt Terbaik Tahun 2010 untuk Rejimen 501 Askar Wataniah.
BATALION TERBAIK (BATALION KETIGA)
LOKASI TERBAIK (LOKASI PONTIAN)
PEGAWAI TERBAIK (MEJ SAMSUDIN BIN SELAMAT)
PTTK TERBAIK (189482 PW I RAHMAT BIN SHAWAL)
PTTR/PBT TERBAIK (144546 KPL MD AIROL BIN SUPARMAN)
Majlis Makan Malam Rejimental telah dilaksanakan oleh setiap Batalion dengan jayanya pada tahun ini.
Tarikh Majlis Makan Malam Rejimental yang telah diadakan oleh Batalion
Batalion Pertama : 26 Oktober 2010
Batalion Kedua : 19 Jun 2010
Batalion Ketiga : 26 Jun 2010
Pada 27 September 2010, Rejimen telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Rejimen dimana ianya dihadiri oleh semua pegawai dan anggota tetap dan sukarela yang berkhidmat di dalam Rejimen ini. Peg Pemerintah/Memerintah setiap pasukan di dalam Kem Tebrau juga telah hadir untuk memeriahkan majlis.