Selasa, 28 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT REJIMEN

Pada 27 September 2010, Rejimen telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Rejimen dimana ianya dihadiri oleh semua pegawai dan anggota tetap dan sukarela yang berkhidmat di dalam Rejimen ini. Peg Pemerintah/Memerintah setiap pasukan di dalam Kem Tebrau juga telah hadir untuk memeriahkan majlis.

foto oleh Kpl Anuar Din

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT REJIMEN

Pada 01 September 2010, majlis berbuka puasa peringkat Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Timbalan Panglima 7 Bgd, Peg Pemerintah/Memerintah Pasukan di Kem Tebrau, juga semua warga Rejimen tetap dan sukarela.