Ahad, 26 Disember 2010


newyear scraps greetings images for orkut, facebook
v4orkut.com


Warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Ahad, 5 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Photobucket

Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua warga Rejimen yang beragama Islam

Jumaat, 3 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS

Photobucket

Warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Rejimen yang beragama Kristian.

Selasa, 23 November 2010

ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

Pada 22 November 2010, Rejimen berpeluang untuk melaksanakan Perbarisan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Perbarisan telah dilaksanakan di 4 tempat iaitu Johor Bahru, Ledang, Muar dan Segamat.

Photobucket
foto diambil dari www.flickr.com/alipic

Selasa, 16 November 2010

LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2010

Latihan Kem Tahunan (LKT) 2010 telah dilaksanakan pada 1 hingga 15 November 2010. Latihan dimulakan dengan fasa kem (Kem Tebrau / 1-7 Nov 2010) dan fasa medan (Kem Sri Pantai, Mersing / 8-15 Nov 2010). Pelbagai latihan dan aktiviti telah dilaksanakan disepanjang LKT 2010. Batalion Kedua telah ditabalkan sebagai pemenang keseluruhan bagi LKT pada kali ini.



Semasa Pertandingan Menembak JAKPAW yang diadakan pada 6 November 2010, Menteri Besar Johor berkesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi Batalion Terbaik Tahun 2010, Lokasi Terbaik Tahun 2010, Pegawai Terbaik Tahun 2010, PTTK Terbaik Tahun 2010 dan PTTR/Pbt Terbaik Tahun 2010 untuk Rejimen 501 Askar Wataniah.

BATALION TERBAIK (BATALION KETIGA)
Photobucket

LOKASI TERBAIK (LOKASI PONTIAN)
Photobucket

PEGAWAI TERBAIK (MEJ SAMSUDIN BIN SELAMAT)
Photobucket

PTTK TERBAIK (189482 PW I RAHMAT BIN SHAWAL)
Photobucket

PTTR/PBT TERBAIK (144546 KPL MD AIROL BIN SUPARMAN)
Photobucket

Rabu, 27 Oktober 2010

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL

Majlis Makan Malam Rejimental telah dilaksanakan oleh setiap Batalion dengan jayanya pada tahun ini.

Tarikh Majlis Makan Malam Rejimental yang telah diadakan oleh Batalion
Batalion Pertama : 26 Oktober 2010
Batalion Kedua : 19 Jun 2010
Batalion Ketiga : 26 Jun 2010

Selasa, 28 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT REJIMEN

Pada 27 September 2010, Rejimen telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Rejimen dimana ianya dihadiri oleh semua pegawai dan anggota tetap dan sukarela yang berkhidmat di dalam Rejimen ini. Peg Pemerintah/Memerintah setiap pasukan di dalam Kem Tebrau juga telah hadir untuk memeriahkan majlis.

foto oleh Kpl Anuar Din

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT REJIMEN

Pada 01 September 2010, majlis berbuka puasa peringkat Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Timbalan Panglima 7 Bgd, Peg Pemerintah/Memerintah Pasukan di Kem Tebrau, juga semua warga Rejimen tetap dan sukarela.

Isnin, 2 Ogos 2010

LATIHAN MENEMBAK SEKSYEN TEMPUR & SENJATA BANTUAN DI PULADA

30/7-1/8 2010
Pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010, Rejimen telah melaksanakan Latihan Gabungan Menembak Seksyen Tempur & Senjata Bantuan di Lapangsasar TBSR, PULADA.

foto oleh Chua Chee Chong

Sabtu, 26 Jun 2010

EX SEMANGAT BERSATU DI SERTING, MUAZZAM SYAH, PAHANG

Eksesais bersama Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Singapura pada tahun ini turut melibatkan anggota sukarela Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 17 hingga 25 Jun 2010 di kawasan Serting,Muazzam Syah.

Foto oleh SO2 Int 7 Bgd, Spore Mindef, mcwood, alfian81rcy, Irwan Ngadiman

Ahad, 16 Mei 2010

DEMONSTRASI EX-PANAH JAGUH DI TG.LONGGOK

Latihan pada kali ini dilaksanakan pada 14 - 15 Mei 2010 melibatkan anggota sukarela dari ketiga-tiga Batalion untuk menyaksikan Pameran Statik dari Pasukan Artileri dan tembakan dari bumi ke udara.

Ahad, 9 Mei 2010

LATIHAN MENEMBAK/LAWATAN KE 51 ARTILERI, GEMAS

Pada 7 hingga 9 Mei 2010, Rejimen berpeluang melaksanakan Latihan Berterusan secara gabungan batalion di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Latihan ini meliputi latihan menembak dan lawatan ke Rejimen ke-51 Artileri.



Isnin, 12 April 2010

LATIHAN MENEMBAK/ABSEILING&REPELLING/SUNTIKAN PERANG DI PULADA

Pada 9 hingga 11 April 2010, Rejimen telah melaksanakan Latihan Tempatan secara gabungan bagi ketiga-tiga Batalion untuk Latihan Menembak/Abseiling&Repelling/Suntikan Perang di Lapangsasar PULADA.


Selasa, 30 Mac 2010

ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR - BATALION 1

Pada 22 November 2010, Batalion Pertama telah melaksanakan Perbarisan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bertempat di

foto oleh Lkpl Anuar Din

ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR - BATALION 2

Pada 22 November 2010, Rejimen berpeluang untuk melaksanakan Perbarisan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bertempat di Daerah Muar dan Ledang dan Segamat.

Daerah Muar

foto oleh Kapt Chua Chee Chong

Daerah Ledang

foto oleh Pbt Syafiq Saidi

Daerah Segamat
foro oleh Mej Suhaimi