Ahad, 5 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Photobucket

Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua warga Rejimen yang beragama Islam

Jumaat, 3 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS

Photobucket

Warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Rejimen yang beragama Kristian.

Selasa, 23 November 2010

ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

Pada 22 November 2010, Rejimen berpeluang untuk melaksanakan Perbarisan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Perbarisan telah dilaksanakan di 4 tempat iaitu Johor Bahru, Ledang, Muar dan Segamat.

Photobucket
foto diambil dari www.flickr.com/alipic

Selasa, 16 November 2010

LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2010

Latihan Kem Tahunan (LKT) 2010 telah dilaksanakan pada 1 hingga 15 November 2010. Latihan dimulakan dengan fasa kem (Kem Tebrau / 1-7 Nov 2010) dan fasa medan (Kem Sri Pantai, Mersing / 8-15 Nov 2010). Pelbagai latihan dan aktiviti telah dilaksanakan disepanjang LKT 2010. Batalion Kedua telah ditabalkan sebagai pemenang keseluruhan bagi LKT pada kali ini.



Semasa Pertandingan Menembak JAKPAW yang diadakan pada 6 November 2010, Menteri Besar Johor berkesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi Batalion Terbaik Tahun 2010, Lokasi Terbaik Tahun 2010, Pegawai Terbaik Tahun 2010, PTTK Terbaik Tahun 2010 dan PTTR/Pbt Terbaik Tahun 2010 untuk Rejimen 501 Askar Wataniah.

BATALION TERBAIK (BATALION KETIGA)
Photobucket

LOKASI TERBAIK (LOKASI PONTIAN)
Photobucket

PEGAWAI TERBAIK (MEJ SAMSUDIN BIN SELAMAT)
Photobucket

PTTK TERBAIK (189482 PW I RAHMAT BIN SHAWAL)
Photobucket

PTTR/PBT TERBAIK (144546 KPL MD AIROL BIN SUPARMAN)
Photobucket

Rabu, 27 Oktober 2010

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL

Majlis Makan Malam Rejimental telah dilaksanakan oleh setiap Batalion dengan jayanya pada tahun ini.

Tarikh Majlis Makan Malam Rejimental yang telah diadakan oleh Batalion
Batalion Pertama : 26 Oktober 2010
Batalion Kedua : 19 Jun 2010
Batalion Ketiga : 26 Jun 2010

Selasa, 28 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT REJIMEN

Pada 27 September 2010, Rejimen telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Rejimen dimana ianya dihadiri oleh semua pegawai dan anggota tetap dan sukarela yang berkhidmat di dalam Rejimen ini. Peg Pemerintah/Memerintah setiap pasukan di dalam Kem Tebrau juga telah hadir untuk memeriahkan majlis.

foto oleh Kpl Anuar Din

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT REJIMEN

Pada 01 September 2010, majlis berbuka puasa peringkat Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Timbalan Panglima 7 Bgd, Peg Pemerintah/Memerintah Pasukan di Kem Tebrau, juga semua warga Rejimen tetap dan sukarela.