Rabu, 27 Oktober 2010

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL

Majlis Makan Malam Rejimental telah dilaksanakan oleh setiap Batalion dengan jayanya pada tahun ini.

Tarikh Majlis Makan Malam Rejimental yang telah diadakan oleh Batalion
Batalion Pertama : 26 Oktober 2010
Batalion Kedua : 19 Jun 2010
Batalion Ketiga : 26 Jun 2010

Selasa, 28 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT REJIMEN

Pada 27 September 2010, Rejimen telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Rejimen dimana ianya dihadiri oleh semua pegawai dan anggota tetap dan sukarela yang berkhidmat di dalam Rejimen ini. Peg Pemerintah/Memerintah setiap pasukan di dalam Kem Tebrau juga telah hadir untuk memeriahkan majlis.

foto oleh Kpl Anuar Din

Khamis, 2 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT REJIMEN

Pada 01 September 2010, majlis berbuka puasa peringkat Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Timbalan Panglima 7 Bgd, Peg Pemerintah/Memerintah Pasukan di Kem Tebrau, juga semua warga Rejimen tetap dan sukarela.

Isnin, 2 Ogos 2010

LATIHAN MENEMBAK SEKSYEN TEMPUR & SENJATA BANTUAN DI PULADA

30/7-1/8 2010
Pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010, Rejimen telah melaksanakan Latihan Gabungan Menembak Seksyen Tempur & Senjata Bantuan di Lapangsasar TBSR, PULADA.

foto oleh Chua Chee Chong

Sabtu, 26 Jun 2010

EX SEMANGAT BERSATU DI SERTING, MUAZZAM SYAH, PAHANG

Eksesais bersama Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Singapura pada tahun ini turut melibatkan anggota sukarela Rejimen 501 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 17 hingga 25 Jun 2010 di kawasan Serting,Muazzam Syah.

Foto oleh SO2 Int 7 Bgd, Spore Mindef, mcwood, alfian81rcy, Irwan Ngadiman

Ahad, 16 Mei 2010

DEMONSTRASI EX-PANAH JAGUH DI TG.LONGGOK

Latihan pada kali ini dilaksanakan pada 14 - 15 Mei 2010 melibatkan anggota sukarela dari ketiga-tiga Batalion untuk menyaksikan Pameran Statik dari Pasukan Artileri dan tembakan dari bumi ke udara.

Ahad, 9 Mei 2010

LATIHAN MENEMBAK/LAWATAN KE 51 ARTILERI, GEMAS

Pada 7 hingga 9 Mei 2010, Rejimen berpeluang melaksanakan Latihan Berterusan secara gabungan batalion di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Latihan ini meliputi latihan menembak dan lawatan ke Rejimen ke-51 Artileri.